Rabu, 26 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010


Tema bagi tahun 2010 adalah '' BACK TO SCHOOL" di mana guru-guru diminta untuk memakai pakaian seragam sekolah bagi mengenang kembali saat-saat dan zaman persekolahan guru-guru. Sambutan diadakan di dewan SMK Aminuddin Baki pada 17 Mei 2010. Sambutan hari guru kali ini mendapat liputan daripada akhbar tersohor negara kita iaitu Berita Harian.

KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU KRK

Dijalankan di SMK Simpang Renggam..
Semua guru-guru KRK di Johor terlibat dalam pembentangan kajian tindakan tersebut..

Jumaat, 31 Oktober 2008

Karnival KRK Peringkat Daerah Johor Bahru 2008

Pada 20 dan 21 Oktober 2008 yang lepas, Karnival KRK peringkat daerah Johor Bahru telahpun diadakan dengan jayanya. Karnival ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 Kelas-kelas Rancangan Khas Sekolah Daerah Johor Bahru.

Pertandingan yang diadakan adalah Public Speaking, Pidato, Catur dan Scrabble. KRK SAB turut menghantar seramai 8 orang pelajar tingkatan satu bagi menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Hari pertama pertandingan iaitu 20 Oktober 2008, karnival ini bertempat di SMK Bandar Baru Uda yang melibatkan pertandingan public speaking dan pidato bagi dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Pelajar yang mewakili KRK SAB bagi Pertandingan Public Speaking adalah Adam Ho Bin Mohd Ho dan Nur Nadhirah Syuhadah Binti Mansur. Pertandingan Pidato pula diwakili oleh Mohd Hamka Bin Hisyam dan Nur Ezreen Natasya Binti Mohd Hashim.

Pada hari kedua pertandingan, karnival diadakan di SMK Dato Jaafar yang melibatkan pertandingan Catur dan Scrabble. Pertandingan ini juga terbahagi kepada kategori lelaki dan perempuan. Bagi Pertandingan Catur, KRK SAB diwakili oleh Harvindu A/L Purushoo Taman dan Pang Wen Jian. Manakala bagi Pertandingan Scrabble pula diwakili oleh Thinesh Kumaran A/L Raja Kumaran dan Kee Ling Ling.


Berikut merupakan keputusan bagi setiap pertandingan:

Public Speaking Lelaki: Adam Ho Bin Mohd Ho: NAIB JOHAN

Public Speaking Perempuan: Nur Nadhirah Syuhadah Binti Mansur: TEMPAT KE-8

Pidato Lelaki: Mohd Hamka Bin Hisham: TEMPAT KE-4

Pidato Perempuan:Nur Ezreen Natasya Binti Mohd Hashim: Tidak berjaya mendapat tempat

Catur Lelaki: Harvindu A/L Purushoo Taman: TEMPAT KE-10

Catur Perempuan: Pang Wen Jian: TEMPAT KE-3

Scrabble Lelaki: Thinesh Kumaran A/L Raja Kumaran: TEMPAT KE-10

Scrabble Perempuan: Kee Ling Ling: TEMPAT KE-9

TAHNIAH diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya mendapat kedudukan yang baik dalam pertandingan-pertandingan yang diadakan.

Semoga ianya, menjadi satu pengalaman dan penggerak kepada mereka untuk lebih berjaya dan berusaha lebih gigih pada masa hadapan.

CARTA ORGANISASI

PENGERUSI
Pn Hjh Syam Binti Haron
(Pengetua)

NAIB PENGERUSI
En Mustaffa Kamal bin Idris
(Penolong Kanan Kurikulum)

SETIAUSAHA
Cik Siti Nor Iman bt Zaki
(Penyelaras KRK)

AJK-AJK
En Mohd Khadhri Bin Nawi
(GPK HEM)

Pn Hjh Nariha bt Aziz
(Penolong Kanan Petang)

Tn Hj Danari bin Sayuti
(GPK Kokurikulum)

Pn Hasnah Binti Sarman
(Ketua Bidang Sains Sosial)

Pn Paridah bt Abdullah
(Ketua Bidang Bahasa)

En Ibrahim bin Othman
(Ketua Bidang Teknik dan Vokasional)

Pn Rosilah Binti Mohamad
(Ketua Bidang Sains dan Matematik)

Pn Suzana bt Suhaimi
(Kaunselor Sekolah)

Cik Then Moli A/P Kanippan
(Setiausaha Peperiksaan)

Guru-guru Subjek Kelas KRK

Bahasa Melayu
Pn Norliyah

Bahasa Inggeris
Pn Noreshah Binti Othman
En Rajendran A/L Tharmarajoo
Pn Harbans Kaur a/p Bikkar Singh

Matematik
Cik Hazmanira bt Ab Rahim
Pn Chew Siew Fang
Pn Rosilah bt Mohd

Sains
Cik Siti Nor Iman bt Zaki
Pn Siti Zaleha bt Zainol

Sejarah
Pn Siti Razyanti bt Abd Latib

Geografi
Pn Sharifah Noorliza bt Sy. Romli

Kemahiran Hidup Pilihan I
En Law Kah Loo

Kemahiran Hidup Pilihan II
Pn Hjh Aminah

Kemahiran Hidup Pilihan III
En Law Kah Loo

Pendidikan Islam
Tn Hj Mat Kamal bin Puteh
Pn Hjh Rasidah bt Muda

Pendidikan Moral
En Ong Lay Hong

Bahasa Cina
Pn Ch'ng Saw Har

Bahasa Tamil
Pn Vanitha a/p Nadarajan

Pendidikan Seni
En Saiful Anuar bin Salleh
Pn Siti Razyanti bt Abd Latib

Khamis, 30 Oktober 2008

VISI & MISI KRK SABJB...

VISI
Melestarikan Kelas Rancangan Khas SAB sebagai KRK CEMERLANG menjelang tahun 2010.
MISI
Membina jaringan kecemerlangan akademik dan kokurikulum dan ketinggian sahsiah di kalangan pelajar KRK SAB.

KRK SAB,JB Sepintas Lalu...

Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan Kelas Rancangan Khas? Kelas Rancangan Khas ataupun lebih sinonim dengan panggilan KRK merupakan satu alternatif kepada murid-murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum namun gagal mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh. Golongan murid ini akan ditempatkan di Sekolah Rancangan Khas ataupun Sekolah Premier mahupun Sekolah Menengah Harian Biasa yang mempunyai Kelas Rancangan Khas.

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Johor Bahru merupakan antara sekolah menengah harian biasa yang bertuah kerana dipilih oleh PPD Johor Bahru untuk menerima pelajar-pelajar yang cemerlang ini untuk ditempatkan di kelas-kelas Rancangan Khas yang akan dibuka. KRK SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru mula ditubuhkan pada 3 Januari 2008 yang merupakan antara 'anak bongsu' KRK PPDJB.

Kelas Rancangan Khas yang dibuka di sekolah ini telah dimulakan dengan seramai 30 orang pelajar tingkatan 1 , 16 lelaki dan 14 perempuan yang berlainan bangsa dan kemudiaannya diagihkan kepada 2 buah kelas iaitu Tingkatan 1 Amanah dan Tingkatan 1 Arif. Golongan pelajar-pelajar ini telah digabungkan bersama pelajar-pelajar lain yang juga berlatarbelakangkan keputusan UPSR yang baik dalam mewujudkan persaingan sihat di kalangan mereka.